Churp Churp Me

《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

"AWEK CUN JPJ" BERJAYA TARIK PERHATIAN!!!

loading...
Heh! Mungkin dah menjadi trend zaman sekarang agaknya. Pantang ada yang 'Pelik' sikit, mula la ianya menjadi isu 'Viral' dilaman media sosial. Nak pulak kalau dikaitkan dengan 'Awek Cun'.

Siapa sangka. Dengan hanya menggayakan pakaian seperti Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ), ianya mampu membantu pemilik wajah cantik ini mendapat rezeki.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, pada mulanya dia disangka penguatkuasa JPJ selepas menyertai operasi sebenar sekatan jalan bagi menjayakan drama Din Sardin pada Ogos lalu.
"Saya tidak sangka gambar saya dapat perhatian apabila tersebar dilaman blog dengan menganggap saya adalah anggota JPJ kerana mereka tidak kenal saya pelakon baru.
"Lagi pula saya menggunakan pemakaian uniform yang betul mengikut nasihat pihak JPJ," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.
Mira diminta mengulas tentang gambarnya yang disangka anggota JPJ ketika menjalani penggambaran drama sehingga ia berjaya menarik perhatian ramai lelaki dan menjadi viral.

Sementara itu, Mira berkata, kekeliruan itu turut berlaku apabila Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad juga turut menyangkakan dia adalah anggota penguatkuasa ketika sesi pertemuan bersama agensi itu.
"Ketika itu kami ada pertemuan dengan pihak JPJ dan pelakon juga diminta untuk bertemu dengan Datuk Seri Ismail Ahmad.
"Dalam sesi itu saya masih memakai pakaian uniform kerana baru pulang dari penggambaran sehingga beliau berasa pelik dan bertanya saya dari bahagian mana kerana tidak pernah nampak saya sebelum ini," ujarnya.
Kesimpulannya, kadang - kadang rezeki ni datang dengan pelbagai cara. Bukannya perlu sampai tahap kita nak menabur fitnah dan membuat tanggapan buruk terhadap orang lain hanya semata - mata nak mengekalkan jawatan sebagai seorang Ahli Parlimen!!!

0 Response to ""AWEK CUN JPJ" BERJAYA TARIK PERHATIAN!!!"

Post a Comment

Popup Set