Churp Churp Me

《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

Mata Berair Macam Orang Menangis..Rupanya Inilah Puncanya

loading...
Sekadar gambar hiasan

18.12.2016

Bangun subuh mata pedih sangat2 & xnampak apa2 langsung..air mata keluaq mencurah2 mcm menangis padahal belum menangis lagi. Cuma hairan kenapa mata tak bole buka & bila paksa buka xnampak apa2 bayang & paling tak tahan bila cuba bangun kepala sakit sangat2. Dlm hati dok kata (aku nak buta kah)

Gagah pi toilet,jln sampai terlanggaq mcm2. Cuci2 muka banyak kali, sakit tak kurang2, lagi bertambah pedih mata. Masa ni baru betoi2 menangis. Sbb mmg rasa mcm org buta pagi tu 😢

Kejut husband, habaq kat dia mata xnampak & sakit sangat2 mcm org duk cucuk2 biji mata dlm tu. Dia ingtakn kakNia main2 sakit. Dia sruh buka mata, mmg xboleh dah sakit sangat2. Masa tu takut hnya Allah ja yg tau, kalau aku btoi2 buta apa nak jadi lepasni 😢

Pi klinik chek, nasib baik org xramai. KakNia kena pegang towel sbb ayaq mata keluaq tak henti, lepastu muka kena ttup ngan towel sebab nampak cahaya mmg sakit & tangkap sampai ke kepala.Masa tu xpakai spek lagi sebab xtau apa punca tiba2 kan..

Masuk bilik doc, ayat pertama dia tanya 'awak pakai lense tak sebelum2 ni'? Husband kaknia pun jwb...mmg duk pakai selalu..smalam last pakai pi kenduri..pgi ni bangun2 mata dia jadi camni...kakNia pertahan lagi "selama ni sy pakai takda apa2 doc, sy cuci bersih2 baru sy pakai, & smua lense saya tak pernah pakai 2x, saya beli pakai sekali & buang..esok pakai yg baru...."

Doc bagi jawapan yg kakNia akan ingat smpai bila2x...

Doc : Sebenaqnya kesan contact lense ni mmg jangka masa panjang, ada yg pakai sekali dah dpt infection, ada yg dah pakai bertahun baru nak kena infection..tak sama. Cuma saya nak pesan, lepasni kalau nak pakai juga lense better beli dari kedai spec. Tu pun tiada jaminan doc sebenarnya..yg beli dari online yg harga murah2 lagi takda jaminan doc..kesan jangka masa panjang...cik beruntung sebab ni kes tak teruk & cpt2 mai klinik..kalau lambat saya rasa mungkin cik akan buta kekal...tak kisah samada jaga elok2 bersih2 & tak pakai berulang ye cik...benda ni mmg bahya..apa2 yg melibatkan mata harap cik lebih berhati-hati lepasni...mata kita Allah bagi 2 biji ni je cik..kalau rosak ke tak boleh guna ke susah nak cari penderma cik...bukan sy nak takutkan cik..tapi ni kenyataan...sebelum ni pun ramai dah yg dapat jangkitan camni...cuma ada yg teruk & ada yg tak teruk... ( dammm!!! Rasa nak luruh jantung saat ni) dlm hati dok bersyukur aku tak buta....

Doc bagi mcm2 ubat, alahan, antibiotik, ubat titik, ubat gatal, ubat tahan sakit....sehari kena telan mcm2 ubat tu buat aku insaf, aku tak mau dah pakai lense lepasni...last dlm pic tu aku pakai...cukup la...takmau dah..Allah syg aku lagi dia belum tarik nikmat penglihatan ni..syukur

KakNia tau satgi peniaga2 lense akan kecam kakNia  konon xjaga elok lense, xcuci bersih lense or pakai terlalu lama lense...hampa silap, kakNia jnis jaga & ada mesin cuci lense lagi..lense yg dh bukak pakai 1x saja..pakai keluaq, balik buang. Tak pernah simpan..esok nak pakai bukak lagi yg baru..cuci dlm mesin bru pakai..pakai pun guna alat bkn pakai jari. Kalau harini uols xkena mybe esok/lusa @bulan depan @tahun depan..kita xtau..sygla mata kita..xdak ganti..lani kakNia xpasai ja mata belah kiri rabun kekal 😢 kanan kabur..padahal sebelum ni tak peenah pun pakai spek..mata sihat walafiat...sebab silap sendiri yg ikut nafsu nak melawa trpaksa terima hakikat ni..sedih sgt..sampai harini still belum ok lagi..baru 60% tak boleh tgok cahaya direct, kena pakai spec hitam sepanjang masa..tgok skrin fon / laptop / tv lama2 kepala pening..ni mmg kesan yg terpaksa terima akibat kebodohan diri sndri...

Niat kaknia share ni sbb nak bagi kesedaran kat hampa...jgn sampai jd mcm kaknia..menyesal tak sudah lani 😢 kalau hampa nak jual/pakai tak kisah..sbb kakNia pun prnah nak buat lense brand sendiri...Nasib Allah belum makbulkan impian tu..Allah dah bagi sedaq lani. Brtapa pntingnya mata tu pada kita, bertapa kita perlu bersyukur Allah kurniakan sepasang mata hitam yg cantik..bersyukur! Syukur Alhamdulillah...tu saja kakNia blh share..harap bermanfaat pada hampa na...ok taip panjang2 ni tah berapa kali stop sebenaqnya, sbb sakit kepala tgok skrin lama2...tapi gagah sambung2 tulis sampai siap..😂

Last pakai lense 17.12.2016
Nyaris buta 18.12.2016
Recovery 60% 21.12.2016
Esok lusa kena pi buat spek rabun dah 😢

0 Response to "Mata Berair Macam Orang Menangis..Rupanya Inilah Puncanya"

Post a Comment

Popup Set