Churp Churp Me

《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

Ratakan Perut Buncit Tanpa Bersenam Dalam Masa 3 Hari...

loading...

Siapa yang tak inginkan perut rata dan langsing bukan? Perut buncit adalah salah satu mimpi buruk bagi setiap orang. Perut buncit akan mengganggu penampilan dan membuat siapa saja rasa kurang keyakinan diri.
Tubuh yang gemuk dan perut buncit biasanya disebabkan oleh pelbagai rutin yang buruk seperti tidur selepas makan malam, makan snek di waktu malam, dan makanan ringan.
Bagi anda yang ingin menurunkan berat badan dengan cepat dan mudah, baca berikut ini.
Anda boleh cuba diet ini. Diet ini sangat berkesan dalam membakar lemak hanya dalam waktu tiga hari saja. Anda tidak perlu bersenam berat atau diet yang menyiksa diri. Anda tetap boleh makan tiga kali dalam sehari.
Yang anda perlu lakukan hanyalah menghadkan pengambilan kalori hanya 1,000 kalori sahaja dalam sehari. Selain itu anda perlu mengikuti menu-menu diet ini. Anda juga dilarang untuk makan di antara waktu makan. Jika ingin minum teh atau kopi haruslah tanpa gula.
Berikut ini senarai menu 3 hari yang anda boleh praktikkan.
Hari Pertama
Sarapan:
  • Seulas roti bakar, dengan 1 sudu kecil marjerin
  •  Dua telur rebus
Jumlah kalori = 270 kalori
Makan Tengahari:
  • 150 gram daging ayam rebus (tanpa kulit)
  • Salad sayur dari 50 gram salad, 50 gram cendawan, 1 sudu teh mustard dan lobak. – 1 sudu kecil minyak zaitun
Jumlah kalori = 290 kalori
Makan Malam:
  • 100 gram spageti dengan bawang putih, lada, minyak zaitun, dan cili.
Jumlah kalori = 300 kalori
Hari Kedua
Sarapan:
  • Seulas roti bakar dengan 1 sudu kecil marjerin
  • 30 gram keju rendah lemak
  • 1 telur rebus
  • 1 cawan teh yang dicampur
  • 1 sudu kecil madu
Jumlah kalori = 270 kalori
Makan Tengahari:
  • 20 gram nasi 40 auns sup dari bahan 100 gram cendawan, 100 gram zucchini, 150 gram lobak merah, 1 buah tomato, 40 gram kacang peas, 1 sudu teh minyak zaitun serta lada hitam. Cara memasak campur semua bahan dan tambah nasi dan lada hitam.
Jumlah kalori = 350 kalori
Makan Malam:
  • Salad ayam dari 1 buah tomato, 1/2 buah epal, minyak herba, cuka, 70 gram ayam serta 40 gram salad. Potong tomato dan epal, tambahkan 1 sudu teh minyak herba, garam, lada, dan cuka balsamic. Potong serta masak ayam dengan bumbu minyak herba. Campurkan semua bahan.
Jumlah kalori = 270 kalori

Hari Ketiga
Sarapan:
  • 1/2 buah kiwi, 1 buah jeruk mandarin, kacang, 3 sudu besar keju rendah lemak, 40 gram cornflake serta 50 gram susu. Rajang halus semua bahan dan tambah cornflake dan susu.
Jumlah kalori = 300 kalori
Makan Tengahari:
  • 150 salmon
  • Perahan lemon
  • 2 sudu teh minyak zaitun
  • 250 gram bayam
  • Seulas roti panggang
Jumlah kalori = 350 kalori
Makan Malam:
  • 200 gram kentang rebus
  • 100 gram keju putih
  • 30 gram krim asam
  • Lada hitam
  • 1 buah tomato.
Campur keju, krim, garam, dan lada.
Sajikan kentang dengan campuran tomato dan keju.
Jumlah kalori = 300 kalori

0 Response to "Ratakan Perut Buncit Tanpa Bersenam Dalam Masa 3 Hari..."

Post a Comment

Popup Set