Churp Churp Me

《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

WANNACRY - JANGKITAN DAN SERANGAN RANSOMWARE TERBESAR DALAM SEJARAH

loading...
Bagi anda yang tidak mengikuti perkembangan aplikasi komputer yang jahat ini atau lebih dikenali sebagaiWannaCry ransomware, anda pasti tidak tahu kesannya kepada dunia dan masyarakat. Jadi untuk memberi penerangan ringkas kepada semua, Iluminasi.com kongsikan apakah kesan-kesan yang berlaku selepas penyebaran ransomware terbesar dalam sejarah ini.

Gangguan kepada sistem Hospital Britain

Hal ini telah menyebabkan kelewatan rawatan ke atas beribu-ribu pesakit di Hospital Britain. Termasuklah kepada pesakit-pesakit kronik yang menghidap penyakit seperti kanser. Namun keadaan dapat dikawal hampir selepas 12 jam sistem hospital itu dijangkiti WannaCry ransomware
ipswich hospital

Gangguan sistem pengangkutan awam Germany

Sistem keretapi di Germany juga dijangkiti virus ini. Namun tidak menyebabkan gangguan pada servis pengangkutan itu sendiri. Cuma dikhabarkan oleh Deutsche Bahn bahawa mereka terpaksa menambah banyak staff untuk mengkerahkan lebih banyak pekerja untuk membantu penumpang yang menjalani aktiviti harian.
sistem autopay germany kena wannacry

Jangkitan pada sistem Kementerian Dalaman Russia

Jangkitan ini menyebabkan beberapa file pertahanan seperti file-file berkaitan department polis Russia disulitkan oleh aplikasi WannaCry Ransomware ini. Namun semua file berjaya diselamatkan (restore) kerana memiliki sistem backup yang baik.
wanacry

Kilang Renault dan Nissan berhenti operasi untuk seketika

Dikhabarkan bahawa Kilang Renault terpaksa dihentikan hampir seharian bagi menghentikan aplikasi ransomware ini mengjangkiti lebih banyak perkakasan yang lain. Namun kini kilang sudah beroperasi seperti biasa. Jumlah kerugian tidak dapat dikenalpasti. 
wannacry kilang nissan

3 Sistem kerajaan Brazil juga dijangkiti

Syarikat oil and gas Brazil iaitu Petrobraz dan Kementerian luar negara Brazil telah menghentikan sistem rangkaian mereka bagi mengelakkan kesan yang lebih buruk sedia ada. Selain itu, banyak komputer pada Badan Mahkamah Brazil juga banyak dijangkiti virus ini.

Syarikat telekomunikasi Spain terjejas teruk

Menurut businessinsider, Syarikat telefonica (Spain) terjejas teruk sehingga menyebabkan 85% komputer pekerja dijangkiti WannaCry Ransomware. Syarikat induk "Spain Telecom" juga telah mengarahkan semua pekerja untuk menutup komputer serta rangkaian untuk tempoh seharian bagi mengelakkan lebih banyak komputer dijangkiti virus ini. Servis dan operasi tidak dijalankan seharian.

Sistem pengangkutan dan penghantaran barang

FedEx memaklumkan kepada BBC mereka terpaksa menunda servis penghantaran kerana terkesan dengan virus ini. Selain itu, ada juga sesetengah lapangan terbang di dunia turut dijangkiti terutamanya Germany.
airport wannacy 2
airport wannacry

Universiti terpaksa memberi cuti kepada pelajar

Hal ini banyak dilaporkan di UK, China dan Russia. Pelajar tidak dapat belajar selepas komputer makmal di Universiti dijangkiti virus Wannacry ini. Namun masih belum dimaklumkan sama ada kini Universiti sudah beroperasi seperti biasa ataupun tidak.
uk university ransomware wannacry
china university wannacry ransomware

Lain-lain kesannya kepada dunia

Ramai juga netizen yang mengutuk syarikat-syarikat besar dan institusi kerajaan yang dijangkiti virus ini kerana dikatakan terlalu kedekut wang untuk menaik taraf komputer mereka kepada sistem pengoperasian (OS) yang terbaru. Impak ini menunjukkan bahawa virus ini juga mampu mewujudkan sentimen kepada masyarakat dunia.
mesin basuh kena ransom di german
Selain kesan-kesan yang dinyatakan, banyak juga kesan yang tidak begitu serius. Contohnya seperti di Germany, sistem mesin basuh layan diri pun dijangkiti virus ini. Kah kah kah. Pasti rakyat Germany akan merasa gelisah gundah gulana kerana tidak dapat membasuh baju pada ketika ini. Marilah sama-sama berdoa agar krisis ini berjaya ditangani secepat mungkin. 

Gambar-gambar lainnya

lcd pengiklanan di thailand ransomware
atm machine ransomware wannacry
sistem pam minyak china ransomware

lcd iklan billboard wannacry ransomware
it security is a joke wannacry
Sumber : Iluminasi.com

0 Response to "WANNACRY - JANGKITAN DAN SERANGAN RANSOMWARE TERBESAR DALAM SEJARAH"

Post a Comment

Popup Set