Churp Churp Me

《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

KHASIAT DAUN KARI UNTUK RAMBUT ROSAK & GUGUR YANG RAMAI ORANG TIDAK TAHU.

loading...




Daun kari memang tidak asing lagi dalam dunia masakan. Tetapi tahukah anda bahawa daun kari juga mempunyai banyak lagi khasiat-khasiat lain yang tidak diketahui umum terutamanya khasiat daun kari dalam mengatasi masalah rambut.
Pokok Kari atau nama saintifiknya Murraya Koenigii  ialah sejenis pokok renek dengan ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter.
Ia sering ditanam di kawasan sekitar rumah untuk kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari.

Berikut adalah kelebihan- kelebihan menggunakan daun kari untuk rambut


  1. Daun kari meningkatkan kesihatan folikel rambut dengan menyingkirkan sel kulit mati dan kekotoran yang terkumpul di kulit kepala. Ia mengandungi nutrien yang menyuburkan dan menguatkan akar seterusnya menghalang keguguran rambut.

  1. Daun kari jika dijadikan sebagai tonik rambut dan terus dipakaikan ke kepala akan merangsang kulit kepala dan meningkatkan aliran darah. Ini membantu menghilangkan toksin dan meningkatkan pertumbuhan rambut.

  1. Sisa-sisa produk rambut yang anda gunakan (seperti shampoo, conditioner, gel, pomade dan sebagainya) juga boleh berkumpul di bawah kutikel lalu membuatkan rambut kelihatan kusam dan tidak bermaya. Selain itu, rambut anda juga boleh jadi lebih keriting, kusut dan rosak. Daun kari membantu untuk menghilangkan produk atau lebihan yang terkumpul ini, membuatkan kulit kepala dan rambut anda berasa segar dan sihat.

  1. Daun kari adalah sumber yang kaya dengan vitamin B, salah satu vitamin yang penting untuk kesihatan rambut. Kekurangan vitamin B adalah salah satu faktor yang membawa kepada keguguran rambut. Ia membantu dalam pertumbuhan rambut baru serta menjadikan rambut anda kuat dan sihat.

  1. Apabila usia meningkat, rambut anda mula menjadi tidak bermaya dan lemah. Sebaik sahaja anda kehabisan pigmen hitam dalam folikel rambut anda, ia mula bertukar menjadi warna kelabu. Walau bagaimanapun, kadang-kadang ini juga berlaku kepada anak-anak muda kerana faktor-faktor seperti tekanan, merokok, genetik atau penggunaan alkohol yang berlebihan. Rambut beruban sebelum sampai waktunya dipanggil uban pra matang. Kandungan vitamin B yang ada di dalam daun kari juga membantu mencegah uban rambut pra-matang dan  hasilnya rambut anda mengekalkan warna hitam, lebat dan berkilat.

  1. Daun kari juga kaya dengan antioksidan. Antioksidan membantu mengekalkan kesihatan rambut dan kulit kepala anda.

  1. Daun kari jika dicampurkan dengan minyak kelapa akan meningkatkan keanjalan dan kekuatan rambut anda. Apabila rambut rosak mendapat khasiat dan kelembapan yang mencukupi, ia akan dapat memulihkan semula seperti asal.

  1. Vitamin B6 yang terkandung di dalam daun kari bertindak sebagai penstabilkan hormon yang meningkatkan kesihatan keseluruhan rambut anda disamping menguatkan akar rambut anda.

Jadi bagaimana untuk mengunakan daun kari untuk mendapatkan khasiatnya secara maksima????


  1. Satu cara yang paling mudah untuk merawat keguguran rambut dan meningkatkan pertumbuhan rambut dengan memasukkan daun kari di dalam diet harian.Sebagai contoh kita boleh mulakan makan daun kari sebagai ulam bersama nasi. Penjagaan rambut bermula dengan apa yang kita makan. Jika makan makanan yang sihat maka sihatlah jadinya rambut anda.

  1. Jadikan sebagai tonik rambut.

Daun kari boleh diinfusekan untuk tindakan perawatan yang berkesan pada rambut. Di sini,  pemilihan minyak asas yang terbaik adalah penting. Minyak kelapa dara contohnya merupakan minyak yang paling sempurna untuk orang Asia.

 

Bagaimana gabungan minyak kelapa dan daun kari boleh menghalang keguguran rambut??


Minyak kelapa boleh menyuburkan setiap helai rambut dengan menembusi jauh ke dalam batang rambut. Ia menambahkan sinar dan kelembutan kepada folikel rambut dan mencegah ia dari rosak dan kekeringan.
Minyak kelapa menembusi jauh ke dalam struktur rambut anda dan akan mengelakkan kehilangan protein pada rambut. Apabila kehilangan protein dapat dikurangkan maka keguguran rambut dapat dikurangkan.
Selain itu, minyak kelapa juga boleh menambahkan kekuatan rambut dan juga diketahui mempunyai sifat anti kulat dan anti bakteria. Kandungan asid lauric yang tinggi pada minyak kelapa ini yang memberikan sifat tersebut. Oleh itu, ia boleh digunakan untuk masalah kulit kepala yang biasa, menghilangkan jerawat pada kulit kepala dan juga boleh menghilangkan kelemumur di kepala.
Apabila jumlah rambut yang gugur lebih tinggi daripada keguguran rambut yang normal, ia dirujuk sebagai masalah kehilangan rambut yang memerlukan penjagaan khas.
Diet yang tidak betul atau tidak seimbang, pendedahan kepada banyak bahan kimia atau kosmetik,  hormon tidak seimbang, tekanan, kebimbangan, dan tekanan mental adalah beberapa penyebab keguguran rambut.
Minyak Kelapa adalah salah satu daripada beberapa minyak yang sebenarnya boleh menembusi rambut dan bertindak sebagai great conditioner. Atas sebab itu ia lebih baik daripada minyak-minyak lain (samada sintetik atau semulajadi). Jadi ia boleh membantu menjaga rambut anda dari rosak seterusnya membolehkan anda menyimpan rambut panjang.
Minyak kelapa juga akan secara automatic tersimpan/terkumpul  ke bahagian rambut yang lemah lalu menguatkannya seterusnya menghalang rambut dari rosak. Kerosakan rambut  boleh menghalang proses pertumbuhan rambut.

Daun kari pula mengandungi gabungan nutrient penting yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut. Ia kaya dengan antioksidan dan asid amino yang mampu mengurangkan keguguran rambut dan meransang pertumbuhan rambut. Ia sangat membantu menguatkan folikel rambut (dengan cara mengelakkan folikel rambut dari menipis). Daun kari juga kaya dengan sumber beta-karotin dan protein. Beta-carotene berfungsi menghadkankan keguguran rambut manakala protein berfungsi mengelakkan rambut dari menipis lalu gugur.

0 Response to "KHASIAT DAUN KARI UNTUK RAMBUT ROSAK & GUGUR YANG RAMAI ORANG TIDAK TAHU."

Post a Comment

Popup Set